Klik Dengan Bijak
Saver

Keselamatan

Smarter

Kewaspadaan

Responsible

Tanggungjawab

Selamat datang ke dunia maya
Klik Dengan Bijak!

Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Namun, dengan adanya internet, anda boleh memperluaskan pengetahuan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia serta membuat transaksi online hanya dalam beberapa saat sahaja!

Tetapi, anda juga boleh menjadi mangsa penipuan atau buli siber. Malah, jika anda menjadi ketagih kepada internet, anda boleh mengabaikan kehidupan sebenar tanpa anda sedari. Ingat, teknologi sepatutnya berkhidmat untuk anda, bukan sebaliknya.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Pilih Kategori