IBU BAPA

Adakah anda tahuapa yang anak-anak anda lakukan di internet ?

Dunia online boleh membawa pelbagai manfaat untuk anak-anak anda. Tetapi, ia juga boleh menjadi sebuah medan di mana mereka ditipu, dipermainkan atau dibuli. Jika anak-anak anda terdedah kepada keburukan di internet, mereka boleh mempelajari perkara yang salah, dipengaruhi oleh orang-orang yang jahat dan lebih teruk lagi, menjadi sasaran penipuan dan buli.

Jika anak-anak remaja anda pendiam dan lebih cenderung memendam rahsia dan perasaan, cuba untuk berhubung dengan mereka. Kadang kala, para remaja memilih untuk tidak berkongsi kehidupan mereka dengan ibu bapa kerana:

Takut hilang kepercayaan anda.
Bimbang akan dinilai.
Khuatir akan dimarahi.
Andaian yang anda tidak akan memahami dan menyokong mereka.

Ini tidak menjadikan anda ibu bapa yang tidak baik. Anda cuma perlu memberitahu mereka yang anda akan ada di sisi mereka untuk memberikan sokongan dalam segala apa yang mereka lakukan, selagi mereka melakukan perkara yang betul.

Berikut adalah bagaimana anda boleh membabitkan diri dalam aktiviti online anak-anak anda.

  • Berkongsi sesuka hati
  • Mendedahkan diri mereka
  • Penipuan, helah dan pencuri identiti
  • Buli siber
  • Memahami anak-anak anda

Berkongsi sesuka hati

"Berkongsi” kini adalah satu trend di kalangan golongan muda. Ia mungkin adalah satu medium untuk mereka berekspresi atau ia membuatkan mereka berasa cool bila mereka berkongsi tentang sesuatu topik. Mungkin juga kerana mereka benar-benar mahu membantu orang yang memerlukan, atau hanya kerana mereka mahukan perhatian dengan berkongsi sesuatu yang kontroversi.

Bimbing mereka tentang apa yang patut dan tidak patut dikongsi. Tanyakan kepada mereka:

"Adakah ia benar? Sudahkah mereka pastikan fakta tersebut? Adakah post tersebut asli?"
"Bolehkah ia membantu orang lain?"
"Bolehkah ia menjatuhkan reputasi seseorang atau meletakkan mereka dalam bahaya?"
"Adakah ia hanya gosip yang tidak berfaedah?"
"Fikir dahulu sebelum berkongsi. Kesannya sangat besar, sama ada baik atau buruk."

Mendedahkan diri mereka

Cuba kita fikirkan sejenak – apa tujuan kita berinteraksi dalam media sosial? Ia adalah sebuah platform yang membolehkan kita untuk berhubung dengan orang lain, mencari kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama dan mendapatkan serta berkongsi ilmu. Dalam kata lain, internet ialah sebuah medium yang memperkayakan kehidupan kita.

Namun, terdapat satu lagi motif terselindung bagi laman media sosial. Media sosial mementingkan bilangan. Objektif utama media sosial adalah untuk meningkatkan bilangan pengguna dan menghubungkan mereka, sambil mengumpulkan data untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, atau sebarang tujuan lain yang kita tidak tahu.

Jadi, apabila seseorang membuat post tentang sesuatu, walaupun privacy settings mereka telah ditetapkan kepada “rakan-rakan sahaja”, rakan-rakan mereka boleh kongsikan post tersebut. Ini bermakna post tersebut boleh dilihat oleh rakan-rakan mereka dan akhirnya akan dilihat oleh mereka yang tidak dikenali. Dengan penyebaran maklumat tersebut, laman media sosial akan mencapai tujuan mereka.

Oleh kerana itulah kita tidak boleh sekali-kali berkongsi tanpa berfikir panjang. Kita tidak akan tahu siapa yang sedang mengumpulkan data kita dan mengapa. Jika kita dapat tahu sekalipun, ia mungkin sudah terlambat untuk membuat apa-apa. Jalan terbaik adalah untuk kita berhati-hati sebelum berkongsi dan mengingatkan anak-anak kita untuk melakukan perkara yang sama.

Berkongsi maklumat peribadi seperti “Sorang-sorang kat rumah malam ni!” terutamanya apabila tetapan lokasi sedang aktif memang mengundang bahaya. Kebanyakan apps dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh telefon pintar memerlukan anda untuk sentiasa mengaktifkan tetapan lokasi.

Ini boleh membahayakan anda sekiranya post anda dilihat oleh mereka yang sememangnya menantikan maklumat sebegitu. Mereka mungkin seorang stalker, pencuri identiti atau seseorang yang sedang bosan dan hanya mencari mangsa untuk diejek, dibuli atau didedahkan. Berkongsi maklumat sebegitu seolah-seolah anda berkata “Marilah stalk dan kacau saya!” kepada mereka.

Ingatkan anak-anak anda supaya sentiasa berhati-hati kerana risiko untuk maklumat peribadi mereka jatuh ke dalam tangan yang salah adalah sangat tinggi. Tiada apa yang benar-benar “terpadam” dalam dunia siber. Maklumat akan kekal selama-lamanya dan boleh menghantui kita kembali atau dikesan oleh seseorang pada suatu hari nanti. Langkah yang terbaik adalah untuk sentiasa berwaspada dan menjauhi situasi yang boleh membawa padah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Penipuan, helah dan pencuri identiti

In the cyber world, it is so easy to hide behind the screen and create all sorts of scams, whether it’s posing as a finance institution, a seemingly legitimate money making scheme or a regular nice person for the purpose of cheating gullible people. Don’t let your children fall into the trap of these charming and highly convincing crooks. Guide them on how to tell if a person or situation seems dodgy.

Useful reminders

Do you know this person in real life?

Do your best friends
– those that you trust
– know about this “scheme”?

Have you discussed this with your close friends? What do they think of it?

Whatever it is, you should never give your personal information to a stranger or even someone you hardly know.

Buli siber

Bagaimana untuk mengesan jika anak-anak anda pernah menjadi mangsa buli atau pernah menjadi pembuli di dalam dunia siber? Jika anda tidak pasti, cuba perhatikan dengan lebih dekat sikap dan kelakuan mereka.

Berikut adalah bagaimana anda boleh mengenalpasti jika mereka pernah dibuli atau pernah menjadi pembuli:

  • Adakah terdapat sebarang perubahan dalam kelakuan mereka?
  • Adakah mereka berperangai aneh?
  • Adakah mereka lebih menyendiri dan pendiam?
  • Sudahkah mereka hilang keyakinan diri?
  • Adakah pandangan mereka menjadi semakin negatif?
  • Adakah mereka mudah marah atau sedih?

Buli siber tiada bezanya dengan buli sebenar. Yang membezakan buli siber dengan buli sebenar ialah ‘senjata’ yang digunakan adalah dalam bentuk perkataan dan bukannya fizikal. Tetapi, kata-kata kesat boleh menyakiti anak-anak anda. Jika tidak dibendung, ia boleh menjejaskan emosi, dengan kesan yang boleh berkekalan sepanjang hayat.

Jika anda mengesyaki yang anak-anak anda mungkin menjadi mangsa, nasihati mereka untuk terus mengabaikan pembuli mereka. Pembuli hanya mahukan respon daripada mangsa mereka. Jika mereka tidak mendapat respon, mereka akan berasa bosan dan berhenti. Jika mereka terus mengganggu anak-anak anda walaupun setelah diabaikan, terus block atau unfriend pembuli itu. Galakkan anak-anak anda untuk berkawan dengan orang-orang yang melayan mereka dengan baik sahaja.

Anak-anak anda seorang buli siber?

  • Perkara pertama yang harus anda tahu adalah jika anak-anak anda pernah menjadi mangsa buli. Selalunya, pembuli juga pernah menjadi mangsa buli sendiri. Mereka tidak berani untuk berhadapan dengan pembuli mereka, jadi mereka mengambil langkah untuk membuli mangsa yang lebih lemah daripada mereka.
  • Mungkin mereka mahukan perhatian anda?
  • Mungkin mereka kurang keyakinan diri?
  • Mungkin mereka terganggu dengan sesuatu dan tidak mahu berkongsi tentangnya?
  • Galakkan mereka untuk bersikap lebih terbuka dan berkongsi dengan anda tentang apa yang mengganggu mereka.
  • Beritahu anak-anda anda yang kita tidak akan mengetahui apa yang sedang dialami oleh orang lain. Mangsa yang sedang dibuli mungkin sedang melalui sesuatu yang kita tidak tahu. Ibu bapa mereka mungkin sedang bersusah-payah untuk menampung kehidupan mereka atau sedang menghidapi penyakit berbahaya. Didik anak-anak anda untuk melayan semua orang dengan baik.

Memahami anak-anak anda

Perkara yang paling penting adalah untuk anda memahami anak-anak anda. Apakah tabiat kebiasaan mereka? Apakah yang mendorong mereka? Apakah yang membuat mereka gembira atau sedih? Setiap kanak-kanak mempunyai hati dan niat yang murni. Namun, keadaan dan orang-orang sekeliling merekalah yang mempengaruhi mereka ke arah jalan yang salah.

Tetapi, jangan jadi terlalu risau atau paranoid. Di dalam era teknologi di mana maklumat boleh diakses dengan mudah, kita tidak mungkin dapat mengawal segala yang sedang berlaku. Mengamalkan sikap berwaspada akan membantu anda dan anak-anda anda untuk mendapat manfaat yang baik daripada internet.